
Selamat Datang ke Malaysia NFT Club
Ini tempat untuk kita bekerjasama dalam menjayakan projek NFT serta memeriahkan lagi pengkarya seni digital Malaysia!
Kelab ini terbuka kepada semua.
Sertai sekarang!

Apa itu NFT?
NFT atau Non Fungible Token merupakan data pemilikan aset digital yang disandarkan menerusi teknolgi blockchain. Sifatnya unik menjadikan setiap aset yang telah ditempa ke dalam sistem blockchain tidak boleh ditukar ganti dengan yang lain.
Jadi, setiap aset NFT akan dilengkapi dengan maklumat pemilik serta maklumat lain seperti harga, masa ia ditempa (mint) dan lain-lain.
Mengapa NFT?
Aset digital NFT mempunyai ciri keselamatan dan keunikan tersendiri yang tidak boleh diciplak atau ditukar-tukar. Aset NFT ini juga mempunyai kod yang tersendiri dan sejarah pindahmilik yang boleh dikesan untuk tujuan pengesahan ketulenannya.
Nilai aset ini akan dipengaruhi oleh permintaan dan penawaran. Ada aset NFT yang dibeli secara bidaan mencecah sehingga jutaan dolar.
Kepentingan NFT?
NFT boleh dibuktikan pemilikan dan keaslian aset tersebut. Data pemilikan dapat diperolehi dari rekod dalam blockchain.Ia dapat memberi hak digital yang memberi kelebihan kepada artis. Artis boleh mendapat royalti jualan secara terus tanpa melalui orang tengah. Pemain permainan video (game) juga dapat menjana keuntungan dengan bermain game play-to-earn NFT.
Jom Sertai Kami
Dan jadi yang terawal mengetahui projek NFT terbaru.